Tuesday, October 25, 2011

       Persoalan menutup aurat dan wali


Persoalan menutup aurat dan wali adalah dua aspek hukum mempunyai asasnya masing-masing. Asas hukum kepada wali ialah hubungan kerabat yang berdasarkan kepada nasab sebelah bapa. Sebab itu, bapa saudara sebelah ibu  tidak tersenarai sebagai wali bagi anak saudara perempuannya. Begitu juga sepupu disebelah ibu, juga tidak tersenarai sebagai wali bagi sepupu perempuannya.

Manakala
asas hukum aurat pula ialah hubungan mahram. Sebab-sebab mahram terjadi ada tiga, iaitu mahram dengan sebab keturunan (nasab), mahram dengan sebab susuan dan juga mahram dengan sebab perkahwinan. Diantara orang yang jadi mahram dengan sebab perkahwinan sebagai contohnya ialah bapa mertua. Namun bapa mertua tiada kaitan langsung dengan soal perwalian. Begitu juga dengan anak susuan, meskipun dia  menjadi mahram kepada anak-anak kandung ibu susuannya, namun ia tiada kaitan dengan soal perwalian. Apa yang dapat dikatakan, mahram bukanlah merupakan asas kepada sabitnya perwalian dalam konteks perkahwinan.

Berbalik kepada persoalan adakah abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa tak boleh jadi wali...???
  - Mereka semua adalah tersenarai sebagai wali tetapi hubungan mereka dengan sepupu perempuan adalah bukan mahram. Ertinya mereka tetap boleh berkahwin dengan sepupu yang perempuan.

Wallahu A`lam