Tuesday, October 25, 2011

       Persoalan menutup aurat dan wali


Persoalan menutup aurat dan wali adalah dua aspek hukum mempunyai asasnya masing-masing. Asas hukum kepada wali ialah hubungan kerabat yang berdasarkan kepada nasab sebelah bapa. Sebab itu, bapa saudara sebelah ibu  tidak tersenarai sebagai wali bagi anak saudara perempuannya. Begitu juga sepupu disebelah ibu, juga tidak tersenarai sebagai wali bagi sepupu perempuannya.

Manakala
asas hukum aurat pula ialah hubungan mahram. Sebab-sebab mahram terjadi ada tiga, iaitu mahram dengan sebab keturunan (nasab), mahram dengan sebab susuan dan juga mahram dengan sebab perkahwinan. Diantara orang yang jadi mahram dengan sebab perkahwinan sebagai contohnya ialah bapa mertua. Namun bapa mertua tiada kaitan langsung dengan soal perwalian. Begitu juga dengan anak susuan, meskipun dia  menjadi mahram kepada anak-anak kandung ibu susuannya, namun ia tiada kaitan dengan soal perwalian. Apa yang dapat dikatakan, mahram bukanlah merupakan asas kepada sabitnya perwalian dalam konteks perkahwinan.

Berbalik kepada persoalan adakah abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa tak boleh jadi wali...???
  - Mereka semua adalah tersenarai sebagai wali tetapi hubungan mereka dengan sepupu perempuan adalah bukan mahram. Ertinya mereka tetap boleh berkahwin dengan sepupu yang perempuan.

Wallahu A`lam
Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram. 




Kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin.


Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

____________________________



Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri.


Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram.
Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.



_____________________________

Maksudnya.....



Mengenai kedudukan bapa/ibu saudara dan sepupu lelaki/perempuan.

1. Bapa/Ibu saudara sama di sebelah bapa atau ibu kita semuanya adalah mahram ( diharamkan berkahwin). Oleh  itu, batasan aurat dengan mereka  ialah sebagaimana aurat antara sesama mahram. Maksudnya, anak-anak saudara dibolehkan menampakkan aurat mereka ketika bersama  bapa/ibu saudara sebagaimana ketika bersama datuk/nenek, adik-beradik seibu sebapa dan lainnya. Namun perlu diingat bahawa  suami/isteri kepada bapa/Ibu saudara merupakan bukan mahram dan batas aurat dengan mereka adalah sebagaimana aurat dengan bukan mahram.


2. Sepupu sama ada yang terdiri daripada anak-anak bapa/ibu saudara sebelah bapa atau ibu kita, semuanya adalah bukan mahram (boleh berkahwin). Oleh itu, batasan aurat kita ketika bersama mereka adalah sebagaimana aurat dengan orang yang bukan mahram. 

Wallahu A`lam

Monday, October 24, 2011

Cinta adalah sesuatu yang fitrah
Kita tidak bisa memungkiri datangnya cinta
Setiap orang pasti pernah jatuh cinta.


Hanya yang perlu diingat adalah
cinta itu milik Allah dan bermuara kepada-Nya
Jadi,ketika kita mencintai manusia
kita harus mencintainya kerana Allah
Jangan sampai cinta kepada manusia lebih besar
daripada cinta kita kepada Allah.


Manusia pasti akan mati
maka cinta kepada manusia pasti akan mati
Tetapi Allah TIDAK akan mati
maka cinta kepada Allah pun tidak akan pernah mati
Dia kan terus terbawa sampai akhirat
Cintailah Allah karena Dia tidak akan meninggalkan kita...



Peliharalah iman sebaik mungkin...^_^..

♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥
Assalamu'alaikum wr wb

Dari Abu Hurairah RA, katanya;

Rasulullah SAW bersabda; "Perbaharuilah iman kalian."
Mereka bertanya; "Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?"
Baginda menjawab; "Perbanyakkanlah mengucapkan ‘lailahaillallah.’"

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan At-Thabrani)

Teladan bersama.. 


Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu. Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz 


Manusia - Nak makan, laparlah. Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah. Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa. 


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung! 


Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah. 


Manusia - Azan sudah kedengaran. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan. Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni. 


Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa! Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui! Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni. 


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa. Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain. Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu. Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah. 


Manusia - Aku telah berdosa. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah) 


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu. Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah! 


Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.



Kartun yang menarik untuk difikir-fikirkan :)hek3...